Dompet kad membership Android

Semua kad membership.
Satu tempat.

Simpan, cari dan tunjuk barcode atau QR kad dengan pantas. Koleksi utama kekal pada telefon anda—tanpa akaun dan boleh digunakan offline.

CardPadu kini dalam ujian tertutup. Ketersediaan Google Play mungkin terhad kepada tester.

Disimpan pada telefon
Koleksi kad CardPadu dalam mod cerah
Koleksi kad CardPadu dalam mod gelap
Boleh digunakan offline
Tanpa akaunTerus mula bina koleksi.
Local-firstData utama kekal pada telefon.
Sedia di kaunterKod jelas apabila diperlukan.
Cara CardPadu berfungsi

Tiga langkah. Kurang selongkar dompet.

Daripada kad fizikal ke skrin kaunter, alirannya ringkas dan terus kepada perkara yang anda perlukan.

LANGKAH 01

Tambah kad

Ambil atau import gambar, imbas barcode/QR, atau masukkan nombor secara manual.

LANGKAH 02

Susun koleksi

Cari, tandakan kegemaran, tapis, susun dan pantau kad yang hampir tamat.

LANGKAH 03

Tunjuk di kaunter

Buka Tunjuk Kad untuk barcode atau QR berkontras tinggi apabila tiba masa mengimbas.

Ciri CardPadu

Kad anda, tanpa serabut.

Setiap ciri di bawah tersedia dalam binaan CardPadu semasa—tanpa menjanjikan fungsi roadmap yang belum dilancarkan.

OFF

Local-first dan offline

Koleksi utama disimpan pada telefon dan kekal boleh dibuka tanpa internet.

ADD

Pelbagai cara tambah

Gunakan kamera, galeri, pengimbas kod atau kemasukan nombor manual.

FIND

Koleksi mudah dicari

Carian, kegemaran, penapis, susunan serta Compact dan Card View.

SCAN

Kod sedia imbas

Barcode atau QR hanya dipaparkan selepas anda memilih Tunjuk Kad.

EXP

Peringatan tamat tempoh

Bezakan kad aktif, hampir tamat, tamat dan seumur hidup dengan jelas.

30M

Temporary Share

Kongsi satu kad melalui pautan selama 30 minit, revoke bila-bila masa, dan kekalkan pengalaman penerima yang ringkas.

PIN

Pindahan kad selamat

Eksport atau import fail .cardpadu yang dilindungi PIN empat digit.

A/文

BM/English, Light/Dark

Tukar bahasa dan tema mengikut keselesaan penggunaan anda.

Patch seterusnya

Sedang diuji sebelum dilancarkan.

Kami memisahkan fungsi yang sudah tersedia daripada calon patch supaya janji di laman ini sentiasa sepadan dengan binaan sebenar.

FOTO

Smart Capture

Potong dan luruskan gambar kad, kemudian semak cadangan butiran sebelum menyimpan. Keupayaan tanpa internet masih dalam ujian.

QR

My QR

Simpan dan paparkan QR penerimaan milik anda pada telefon. CardPadu tidak memproses atau mengesahkan pembayaran.

UPD

Semakan kemas kini

Apabila versi Google Play yang lebih baharu tersedia, CardPadu akan menawarkan kemas kini tanpa menghalang anda menggunakan app semasa muat turun.

Paparan sebenar aplikasi

Direka untuk saat anda sedang beratur.

Skrin sebenar CardPadu menggunakan data demonstrasi sintetik—tiada nombor atau gambar kad pengguna.

Wallet CardPadu dalam mod cerah
Wallet cerahCari, tapis dan lihat status tamat tempoh.
Wallet CardPadu dalam mod gelap
Wallet gelapKoleksi yang selesa dilihat dalam cahaya rendah.
Skrin tambah kad CardPadu
Tambah dengan cara andaFoto, import, scan atau masukan manual.
Koleksi CardPadu dalam Card View
Card ViewWarna, ikon dan status dalam satu pandangan.
Paparan Tunjuk Kad CardPadu
Tunjuk KadBarcode berkontras tinggi untuk imbasan.
Privasi mengikut reka bentuk

Kad anda kekal milik anda.

CardPadu bermula dengan penyimpanan lokal dan hanya mendedahkan maklumat kad apabila anda memilih untuk menunjukkannya.

Penting: menyahpasang aplikasi atau mengosongkan data aplikasi akan memadam koleksi yang belum dieksport. Simpan kad asal anda.

Tiada akaun diperlukan

Gunakan CardPadu tanpa login atau profil awan.

Maklumat disembunyikan

Nombor ahli, barcode dan QR hanya muncul selepas Tunjuk Kad ditekan.

Gambar dilindungi pada peranti

Salinan gambar kad disimpan secara peribadi dan dienkripsi pada telefon.

Temporary Share yang terhad

Pautan hanya membawa imej kad minimum, tamat selepas 30 minit dan boleh direvoke.

Soalan lazim

Perkara penting sebelum mula.

Adakah CardPadu memerlukan internet?

Tidak untuk koleksi utama. Kad yang disimpan boleh dicari dan dibuka secara offline. Internet diperlukan untuk Temporary Share dan pautan luar.

Adakah akaun diperlukan?

Tidak. Versi semasa dibuka terus sebagai koleksi lokal tanpa login.

Apakah jenis barcode dan QR yang disokong?

CardPadu menyokong QR, Code 128, Code 39, EAN-8, EAN-13 dan UPC-A. Penerimaan kod tetap bergantung pada sistem kedai.

Di manakah data kad disimpan?

Metadata dan gambar utama kad disimpan pada telefon. CardPadu tidak mempunyai cloud backup atau penyelarasan berbilang peranti dalam versi semasa.

Bagaimana Temporary Share berfungsi?

Anda boleh menghasilkan satu pautan untuk satu kad. Pautan tamat selepas 30 minit, boleh direvoke serta-merta, dan share baharu membatalkan share aktif sebelumnya. Halaman penerima mungkin memaparkan promosi kecil CardPadu dan pautan Google Play di bawah kad; kandungan kad tidak digunakan untuk iklan.

Bagaimana saya pastikan CardPadu sentiasa terkini?

Aktifkan auto-update untuk CardPadu di Google Play. Calon patch seterusnya juga akan menyemak versi ketika app dibuka dan menawarkan aliran kemas kini rasmi Google Play. Android masih memerlukan persetujuan pengguna dan pemasangan daripada Play.

Apa berlaku jika aplikasi dipadam?

Menyahpasang CardPadu atau mengosongkan data aplikasi akan menghilangkan koleksi lokal yang belum dieksport. Simpan kad asal dan eksport kad penting sebelum berbuat demikian.

Adakah CardPadu membaca mata ganjaran?

Tidak. CardPadu menyimpan dan memaparkan maklumat kad yang anda masukkan; ia tidak membaca baki mata atau mengesahkan membership dengan kedai.

Bilakah versi iOS tersedia?

CardPadu kini hanya menyokong Android. Tiada tarikh pelancaran iOS diumumkan.

Bawa semua kad anda bersama CardPadu.

Muat turun untuk Android. Akses mungkin terhad sementara ujian tertutup sedang berjalan.

Buka Google Play